Ceramah Bahaya Syiah – Penutup 2012

Assalamu’alaikum,

Ceramah bahaya Syiah anjuran JARUM telah berjaya diadakan di Masjid Mukim Padang Pak Amat hasil kerjasama ahli jawatankuasa masjid. Ceramah yang diadakan selepas solat Maghrib ini merupakan siri penutup bagi tahun 2012. Ustaz Ahmad bin Muhammad ‘Asri, salah seorang AJK Biro Kajian & Penyelidikan JARUM diamanahkan untuk menyampakan siri pendedahan kali ini.


Alhamdulillah, kehadiran ahli jemaah menggalakkan dan rata-rata ingin mengetahui wajah sebenar Syiah ini. Namun tempoh masa selama satu jam mungkin agak singkat untuk penceramah menjelaskan isu bahaya Syiah ini yang memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk mendedahkan wajah sebenar Syiah ini. Namun siri ceramah seperti ini merupakan langkah pertama dari JARUM untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya pergerakan yang telah berusia lebih seribu tahun ini. Semoga ia mampu membuka mata masyarakat tentang isu ini.

Sekian,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *