JARUM Di Perak

Assalamu’alaikum,

Alhamdulillah, JARUM telah menerima jemputan dari PAKSI cawangan Perak untuk memberikan penerangan bahaya ancaman Syiah di Masjid Sultan Idris II, Ipoh Perak. Majlis yang diadakan pada 20 Januari 2013 ini berjalan lancar dan menerima sambutan yang menggalakkan. JARUM telah dimaklumkan oleh setiausaha PAKSI cawangan Perak, Haji Amin bahawa pada awalnya jumlah peserta yang dijangkakan adalah sekitar 100 orang sahaja tetapi yang hadir sekitar 350 orang. Sesuatu yang diluar jangkaan…tahniah orang PAKSI Perak! JARUM juga tidak melupakan individu yang bersusah payah menguruskan urusan JARUM ini iaitu Pok Wan, Paksi cawangan Kelantan yang bertungkus lumus membawa kami makan di bandar Ipoh.


Majlis penerangan bahaya ajaran Syiah ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi JARUM, al-Fadhil Ustaz Shamsuddin Abdul Rahman yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat sekitar 12.00 tengahari.

In sya Allah, JARUM akan berada di Kedah pada 1 Februari 2013 iaitu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *