Seminar Ancaman Syiah & Ajaran Sesat

Assalamu’alaikum,

Hari ini telah berlangsung satu lagi seminar tentang bahaya Syiah di Dataran Perahu, Pantai Irama, Bachok. JARUM sekali lagi dijemput oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Seminar diadakan dua sesi, slot pertama disampaikan oleh ustaz Mohd Zawawi, Biro Kajian & Penyelidikan JARUM. Manakala slot kedua yang diadakan sekitar pukul 11 pagi disampaikan oleh alfadhil ustaz Shamsuddin Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi JARUM. Kami difahamkan seminar peringkat jajahan Bachok ini adalah permulaan bagi siri penjelajahan jajahan-jajahan di sekitar Kelantan. Sasaran peserta adalah para Imam, NGo, pegawai agama dan sebagainya. Sambutan hari ini amat menggalakkan dan para pendengar memberikan sepenuh perhatian dari sesi penerangan kedua-dua penceramah dengan penuh minat.

ustazwi-bachok

ustazdin-bachok

20130625_093635

20130625_131810

ustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *