SEMINAR TASAWWUF DAN TAREKAT: ANTARA KETULENAN DAN KEPALSUAN

Assalamu’alaikum,

posterseminartijani

Sebelum membeli sesuatu barang, umumnya pembeli amat menitikberatkan ketulenan, terutamanya jika barang yang hendak dibeli itu berjenama terkenal. Apatah lagi pada hari ini, berlaku secara besar-besaran lambakan barangan tiruan buatan China di pasaran.

Namun amat malang sekali apabila soal ketulenan tidak begitu diambil berat dalam hal-hal berkaitan agama. Apa saja yang berbau agama boleh ditelan bulat-bulat tanpa soal, hanya kerana ia terpacul dari mulut manusia-manusia yang segak menggayakan ‘pakaian agama’.

Atas sebab itulah, pihak penganjur tampil menganjurkan seminar pemurniaan ini, dengan objektif bagi mengasingkan antara elemen-elemen palsu dan elemen-elemen yang tulen. Topik yang dipilih untuk seminar pada kali ini adalah “Tasawwuf dan Terekat”.

Kenapa Tasawwuf? Kerana Tasawwuf adalah antara salah satu cabang dari ilmu-ilmu Islam yang banyak diresapi oleh pengaruh asing. Amatlah kita akui akan kepentingan ilmu Tasawwuf dalam kehidupan seorang mukmin, dan atas dasar itulah kita berusaha untuk memurnikan ilmu Tasawwuf dan Tarekat agar umat pada hari ini dan juga pada masa depan boleh bertasawwuf dengan tasawwuf Nabi S.A.W. yang TULEN.

Maka, kami menjemput seluruh umat Islam untuk hadir ke “SEMINAR TASAWWUF DAN TAREKAT: ANTARA KETULENAN DAN KEPALSUAN” yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 8 Oktober 2016/Sabtu
Jam : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Hotel Emaslink Pacific, Kota Bharu, Kelantan

Seminar ini akan membariskan 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani, Maulana Muhammad Asri Yusoff, dan Prof Madya Dr. Basri Ibrahim.

MASUK ADALAH PERCUMA!!!

InsyaAllah, kita jumpa di sana.

* Pohon jasa baik sahabat handai bagi menyebarluaskan hebahan seminar ini. Semoga segala usaha kita bagi memurnikan agama ini diberkati dan dirahmati Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *