Sumbangan Dana IT

Assalamu’alaikum,

Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (JARUM) dalam menyahut cabaran era globalisasi dan arus perdana, sentiasa bersiap sedia dengan informasi terkini. Dunia hari ini adalah dunia teknologi, dunia IT dan Multimedia. Justeru, JARUM sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan ahli-ahli dan para penceramah JARUM dengan teknologi terkini. Ini bagi memastikan penyampaian ilmu dan maklumat kepada masyarakat dapat disampaikan semaksimun mungkin.

Namun dalam proses untuk memperlengkapkan JARUM dengan teknologi IT dan Multimedia ini, terdapat kekangan dari sudut kewangan. Kos untuk memiliki peralatan IT dan Multimedia agak tinggi dan memerlukan bugdet yang agak besar. Kami memerlukan kos sekitar RM15,000 untuk mendapatkan beberapa peralatan IT & Multimedia. Kami senaraikan sebahagian peralatan tersebut:

  • Komputer Laptop
  • Projektor LCD
  • Videocam
  • Camera DSLR
  • Dan beberapa peralatan lain

Kami memerlukan sumbangan dari individu perseorangan, syarikat, badan kerajaan dan sebagainya bagi merealisasikan impian kami ini. Peralatan yang diperlukan ini tidak lain hanya untuk kegunaan dakwah Islamiah pertubuhan JARUM.

Tujuan peralatan IT & Multimedia:

  1. Melancarkan lagi penyampaian para penceramah JARUM kepada masyarakat sama ada di masjid dan sebagainya
  2. Setiap pengajian dan ceramah JARUM akan direkod dan simpan dalam arkib JARUM. Ini memerlukan kepada peralatan dan teknologi terkini. Paling penting ia miliki JARUM sendiri.
  3. Melatihkan ahli JARUM untuk menguasai teknologi terkini sendiri tanpa bergantung pada pihak ketiga
  4. Islam dan teknologi semasa sentiasa bergerak seiringan

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke tabung JARUM seperti yang tertera di TABUNG JARUM atau boleh hubungi kami di talian yang tertera di bawah ini untuk mendapatkan Kertas Cadangan Dana IT & Multimedia:

Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (JARUM) – Tel/Fax: 09-743 1944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *