Aluan Dari Pengerusi JARUM

Assalamualaikum,

Segala puji Tuhan sekelian alam, Selawat serta Salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga para sahabat baginda.

Saya selaku pengerusi Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (JARUM) amat bersyukur dengan penubuhan JARUM dan juga blog ini yang merupakan salah satu kaedah untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai serta berhubung dengan seluruh penduduk Malaysia malah di seluruh dunia.


Alhamdulillah dengan penubuhan JARUM ini, kami mengharapkan agar dapat berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan apa yang tersurat dalam objektif kami. Objektif kami agar Umat Islam khasnya di Malaysia dapat bersatu dalam satu aqidah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah iaitu aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Kami dengan barisan AJK JARUM 2012 akan berusaha sedaya upaya menyebar sebanyak mungkin ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan Islam kepada masyarakat sama ada melalui blog ini, ceramah, program ilmiah, bengkel dan sebagainya.

Akhir kata saya menyeru semua AJK JARUM untuk berusaha sedaya upaya melaksanakan program-program ilmiah bersama masyarakat di sepanjang tahun 2012 dan 2013 nanti, insyaALlah.

Sekian, Wassalam.

Encik Wan Azahar Wan Omar
Pengerusi JARUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *